Bumiputera di Sabah

Penduduk Sabah adalah terdiri dari berbagai-bagai kaum dengan latar belakang dan kebudayaan masing-masing. Penduduk aslinya atau lebih dikenali sebagai bumiputera, terdiri daripada sekurang-kurangnya 31 kumpulan dengan menggunakan lebih dari 50 bahasa dan tidak kurang dari 90 dialek. Antara berikut adalah sebahagian daripada kumpulan penduduk asli di Sabah:
Sebagai tambahan, kaum Cina merupakan kumpulan penduduk bukan asli yang terbesar. Mereka menetap di Sabah sejak abad yang lalu dan mereka merupakan kumpulan keempat yang terbesar selepas kaum Kadazandusun, Bajausama dan Murut.Manakala, terdapat juga suku kaum bukan-peribumi Sabah yang boleh menikmati faedah Bumiputera. Ini berdasarkan Perkara 160 dalam Perlembagaan Persekutuan Malaysia yang mendefinisikan "Orang Melayu" seseorang yang menganuti agama Islam, lazim bertutur bahasa Melayu, menurut adat Melayu dalam kehidupan seharian. Oleh sebab yang demikian, penduduk dari Semenanjung Malaysia, Sarawak adalah dalam lingkungan takrifan ini, lantas dapat menikmati faedah Bumiputera Malaysia, walaupun bukan berasal dari kalangan Peribumi Sabah. Orang Melayu yang bukan rakyat Malaysia tidak termasuk dalam kumpulan ini.Bahasa rasmi negeri Sabah ialah Bahasa Melayu (seperti negeri lain di Malaysia), namun terdapat bahasa-bahasa lain yang ditutur; seperti Bahasa Kadazan, Bahasa Cina (Bahasa Mandarin, Bahasa Hakka), Tombonuo, Sungai, Sama dan lain-lain. Walaupun Bahasa Melayu merupakan bahasa perantaraan utama, Bahasa Melayu Sabah yang digunakan oleh masyarakat Sabah terdapat sedikit perbezaan daripada Bahasa Melayu piawai (Bahasa Melayu Baku).